Sunday, December 21, 2014

Telur Masin

Assalamualaikum

Menjadi seorang manusia yang langsung tak suka makan telur masin membuatkan aku alpa dan juga leka terhadap telur masin ni.Terlupa pula yang ignorant is not always a bliss.Makanya dah sampailah pada point tak bliss aku tu.

Sebab aku ni #mudahterhibur maka seronoklah follow dia ni.

Alkisahnya,aku follow Faizdickie dekat instagram.Dalam minggu lepas kot,dia ada pos pasal resepi salted egg butter chicken tu.Tengok pada rupa serta resepi ditambah pula dengan caption beliau yang memang convincing,walaupun dia ni kuat troll orang. Dengan penuh azam dan tekad aku pun bercadang nak masak salted egg butter chicken tersebut.Lagipun aku pernah makan salted egg butter crab dan memang sedap nak arwahlah benda tu.


Hari Jumaat hari tu,masa gap antara kelas dan test yang maha lama tersebut aku pun pergilah Tesco sebab nak beli bahan-bahan untuk masak makanan tersebut. Daun kari,checked! Chicken popcorn,checked! Telur masin,checked! Lepas aku tenung punya tenung telur masin tu, aku pun terfikir sesuatu yang korang mungkin tak akan fikir lah sebenarnya. Aku pun dengan confident-nya panggil kawan aku...



Aku:Sha,I ada nak tanya something ni.Mungkin u akan rasa I bongok lepas u dengar soalan ni.
Shasha:Hah,apa dia?
Aku:Kalau kita nak rebus telur masin ni, kita kena rebus dengan yang hitam-hitam tu sekali ke?(arang)
Shasha:*muka terkejut* hoi mana ada! Sebelum nak rebus tu basuhlah dulu sampai bersih.
Aku:Bhahaha. Sorrylah, tak pernah rebus telur masin.

Moral of the story, google dulu pasal telur masin. Nasib baik tanya kawan,kalau tanya dekat whatsapp group family, sampai tahun depan kena bahan. Hahaha

p/s: pakai chicken popcorn sebab malas nak beli ayam mentah.
 

Blog Template Edited by Me