Thursday, January 14, 2016

The Art of Procrastination

Assalamualaikum and Hi

You can fill the entire night with reading all those jurists opinions, theories and arguments.
Apa yang jurists ni nak dalam kehidupan?

sekian daripada manusia yang tak tidur lagi dan esok kelas pukul 8-5.

***



Seperti yang semua maklum, tabiat melengah-lengahkan kerja ni memang amalan syaiton tapi yang syaiton tu la aku suka nak ikut. pfft. Nak tahu rentetan cerita akibat buat kerja last minute tu? Kalau tak nak tahu pun memang aku cerita sebab haritu memang boleh dikatakan the worst day ever for 2016.

First, sudah terang lagi bersuluh aku tak tidur sepanjang malam sebab baaaanyak gila articles yang aku kena baca. Lepas tu aku fed up lalu tulis je apa aku rasa nak tulis tanpa berfikir panjang soal footnote dan juga reference. Pukul 5.30 pagi baru nak tidur-tidur ayam sebab kelas pagi tu pukul 8.

Second, kelas pagi aku pukul 8, lepas tu lif kat rumah ni pula cari pasal. Masa tu lah dia nak cari masalah dengan manusia, cuba cari masalah dengan mesin je? Maka menapaklah aku turun tangga dari tingkat 16, jangan risau, masih belum kurus.

Third, dah sampai MSU dengan menggelupur dari car park pergi dekat lif, bam! Daripada 4 lif tinggal 2 je lif yang berfungsi. Kau rasa? Menapak lagi naik kelas sampai tingkat 7. Hidup hari tu macam jatuh ditimpa tangga. Tak tau nak gelak ke nak nangis tapi yang pasti memang aku menyumpah.

Fourth, aku memang jenis save assignment dalam email sebab takut laptop blank ke hapa at least assignment aku selamat. Nak dijadikan cerita, hari nak print assignment tu lah CC semua mogok internet, Aku rasa nak baring tengah jalan tunggu kucing langkah je masa tu. (because bunuh diri is harommm) hahahaha

The only good thing yang aku rasa good masa haritu hanyalah dapat makan ayam penyet wong solo.

Jadi, adakah aku belajar daripada kesilapan tersebut? hmm tengoklah macam mana. hahahaha

0 comments:

 

Blog Template Edited by Me