Tuesday, February 16, 2016

Elevator+Manners


Assalamualaikum and Hi!

I have been waiting to write this post for so long. But, I keep on procrastinating and then forgot about it. So, today I wanna talk about an elevator+manners. I can't keep on writing in English because I have the tendency to curse a lot. Seriously.

Aku tersangatlah pasti semua orang mesti selalu menggunakan lif. Macam aku, rumah tingkat 16, selagi lif tak rosak memang taklah aku nak guna tangga. Hehehe. Macam tu juga dekat kampus. Dalam erti kata lainnya, kita selalu gunakan lif. Tapi, pernah tak masa kita guna lif tu kita fikir pasal adab pada orang lain yang juga menggunakan lif macam kita. Kenapa aku tulis benda ni? Sebab aku selalu rasa nak maki orang bila ada segelintir manusia yang dilahirkan tanpa kesedaran sivik dan juga mungkin dia anggap mata pelajaran sivik masa zaman persekolahan tu hanyalah sekadar subjek yang senang dia nak skor. 

Semasa nak masuk lif.
Nak tulis benda ni pun rasa macam tak patut je sebenarnya. Tapi sebab aku sedar yang ramai manusia dekat Malaysia ni masih kurang sedar pasal perkara ni jadi aku tulislah jugak. Ok, masa nak masuk lif, kalau ada orang yang nak keluar dari lif tu, boleh tak bagi diorang keluar dulu? Simple kan? Cuba fikir, macam mana diorang nak keluar dari lif kalau korang keep on pushing each other untuk masuk ke dalam.

Analogi mudah, kalau kau nak guna toilet dan dalam toilet tu ada orang, kau mesti tunggu dia keluar dulu kan? Tak ada pulak kau sibuk nak masuk masa dia masih ada dalam toilet tu. Ingat people, common sense does matter in life.

Oh sebelum terlupa, sementara tunggu diorang tu keluar, janganlah duduk tercongok depan pintu lif tu. Ketepilah sikit, lif tak lari guys.

Dalam lif.
Lif ni ada macam-macam kategori rupa dan saiz. Jadi, kalau kau rasa saiz lif tu agak kecil dan ramai pula yang nak masuk, boleh je kan kalau kau minimakan penggunaan ruang. Contohnya, kalau kau yang jenis sandang beg dekat bahu, boleh kan kalau kau pegang beg tu sekejap?


Lepas tu, kau kena aware kau berdiri dekat mana dalam lif tu. Halah, lif tu bukannya besar mana pun. Andai kata kau berdiri betul-betul dekat butang dalam lif tu. Tolonglah, TOLONGLAH, jangan sibuk nak main phone and tolong orang lain tekankan butang tu. 


Aku tak pernah jangka, 21 tahun aku hidup aku akan jumpa spesies manusia yang berdiri betul-betul 3cm daripada butang lif tu lepas tu sibuk main phone dan lepas tu sikit pun tak nak tolong orang tekan butang tu. You selfish person may now go die.

Next, yelah dah kalau kau naik lif beramai-ramai, bukan semua akan turun satu level dengan kau. Mungkin ada yang kena turun dulu daripada kau. So, kalau kau rasa kau menghalang perjalanan orang tu daripada nak keluar lif, boleh tak kau keluar dulu dan lepas tu masuk balik? Tak rasa bersalah ke tengok orang bawak barang lepas tu kau elak sikit-sikit je nak bagi dia lalu sedangkan lif tu penuh? 


Aku pernah sound beberapa orang dekat kampus termasuklah staff yang berperangai sedemikian rupa. Dahlah berdiri betul-betul depan pintu lif, berborak dan bergelak ketawa tak ketahuan hala pula dengan kawan-kawan. Lepastu, bila orang dah cakap excuse me masa nak lalu tu, boleh dia sengetkan sikit je badan dia. Aku pun cakaplah, "memang dosa kalau keluar dulu lif tu dan bagi orang keluar, lepas tu kau masuk balik dosanya sebesar dosa berzina. Memang." Yes, I said that once because I was in hurry.

Berbalik kepada manusia yang berdiri hampir dengan butang lif. Kalau ada orang keluar untuk bagi jalan kepada orang lain yang nak keluar di level tu, tolonglah tekankan butang untuk tahan pintu tu. Alah, penat tau benda kecil macam ni pun nak kena cakap. Kau ingat kalau kau tengok je button tu dia boleh bertukar jadi emas ke? Tak boleh ok. So, tolonglah. Belum pernah aku dengar kes manusia mati akibat menekan butang lif. 

Say thank you.
Akhir sekali, cakaplah terima kasih. Bila kau nak cakap terima kasih masa guna lif? Bila orang tu tolong kau tekan butang lif. Terima kasih. Bila orang tu keluar dari lif untuk bagi kau jalan. Terima kasih. Bila orang tu tolong hold pintu lif tu untuk kau. Terima kasih.

Atleast, kalau kau cakap terima kasih, orang yang tadi rasa annoyed sebab kena keluar masuk lif untuk bagi orang lalu tu kurang lah sikit panasnya. Tak mati kalau cakap terima kasih.

Aku rasa setakat ni je la kot apa yang aku nak cakap pasal lif. Jangan nak sibuk tweet dengan hashtag mentaliti kelas pertama (#mentalitikelaspertama / #firstclassmentality), kalau perkara simple macam ni pun nak kena ada orang lain untuk ingatkan. Ini baru hal lif, belum lagi soal lain. ;) 
 

Blog Template Edited by Me