Monday, February 15, 2016

Mortuari

Assalamualaikum and Hi!


The first book that I read in 2016. Ok, kecuali buku criminal law, penal code dan segala jenis buku yang berkaitan dengan pelajaran. Tersangatlah tidak kelakar ya apabila kau dah mula malas nak membaca. Tapi biasanya fasa malas membaca ni akan berlalu dengan sendirinya tanpa disedari. Masalah aku sekarang ni, aku malas membaca, tapi masih rajin membeli. Sebab tu lah account Goodreads aku tu banyak buku yang 'to-read'.

***

Buku DIAGNOSIS3:Mortuari ni bukan sequal DIAgnosis & DIAgnosistau. Aku baca buku ni sebab rasa macam dah lama sangat buku ni duduk dalam kereta, alang-alang kena study company law tu apa kata baca buku ni sekejap. Kau nampak tak kesyaitanannya di situ? Masa nak study lah sibuk nak baca novel. Cuba kalau tak buat apa-apa? Memang tak keluarlah buku tu dari kereta. 

Aku suka baca buku ni sebab rasa ada connection antara penulis dengan pembaca. Lagipun, aku banyak terpengaruh cerita Grey's Anatomy (hahahaha). Antara 3 penulis dalam buku ni, aku paling suka cerita-cerita Dr. Fahd Razy. Cerita dia simple, tapi seronok nak baca. Entahlah, bila aku dah banyak sangat baca novel jiwang yang tak ketahuan hala. Lama-lama aku rasa lagi seronok baca buku-buku macam ni. Tapi, aku still bacalah novel-novel lain tu. Hehehe.

Sebab aku dah lama sangat tak review buku, jadi aku dah tak tau macam mana nak tulis review. Apa yang boleh aku bagitau, buku ni best. Silalah beli dan baca. Nipis je buku ni, aku baca tak sampai dua jam dah habis. (Asalnya nak baca satu cerita je masa take 5, tapi terjadi satu buku) Hahaha.

Ok, ini je yang aku nak bagitau. Kalau aku rajin nanti adalah buku-buku yang seterusnya. Ini pun aku tengah dalam examinations week sebenarnya. Tapi, dah alang-alang esok tak ada paper, bolehlah melagha sebentar. 

0 comments:

 

Blog Template Edited by Me