Saturday, February 4, 2017

Selfish.


Sejak masuk tahun baru 2017 ni, kalau korang perasan-lah-kan, which is macam pelik pulak kalau korang tak perasan. Majority pam angin dekat petrol station (aku akan guna petrol station dalam entri ni sebab aku tak ingat nak eja station dalam bahasa dan malas nak google) adalah hazab. Kalau ada 10 petrol stations mungkin 2 je yang pam anginnya berfungsi. 

Masalahnya di sini, bukan aku nak cerita pasal pam angin tu rosak ke, terbarai ke terburai ke atau apa jenis rai pun lah. Aku tak puas hati betul dengan sikap sesetengah pemandu dalam Malaysia ni yang tahap mementingkan diri tu, ya Allah, kalah Gunung Everest. 

Alkisah...

Hari Jumaat hari tu, masa on the way dari Shah Alam nak balik Segamat, aku memang nak pam tayar. Selalu pam dekat petron batu tiga tu je, tapi dah pam kat situ pun ting tong aku malas nak fikir sebab ye lah dekat highway ada banyak R&R dan juga petrol stations. So, first aku berhenti dekat R&R Seremban, sebab situ ada Shell, pam angin Shell jarang out of service. Aku pun dengan girangnya (tipu) memandu ke arah pam tersebut dan apabila semakin hampir, hatiku pun berkata "yes, screw you sebab park dekat tempat orang nak pam angin."

Sebab hari masih lagi pagi, tak panas sangat. Aku pun ada segelas iced coffee. Cupcake Aisyah pun pesan hidup kena chill, so aku pun chill. Bila dah chill aku pun teruskan je lah perjalanan aku tanpa mengepam tayar *lap ayaq mata*. Next stop, aku pergi R&R Ayer Keroh, ingat, masa ni aku masih lagi chill tau. Aku pun pergilah Caltex, ah damn it, pam dia rosak! So aku pergi pulak Petronas sebelah dia. Dari jauh aku perhati, hmmm tak rosak! Tapi ada samdul park kereta dekat situ.

Pada ketika itu, bersaksikan stereng kereta, aku carutkan para pemandu yang mempunyai tahap pemikiran kelas ketiga serta mempunyai sifat yang mementingkan diri sendiri tahap duh only God knows how selfish they are!

Para pemandu sekalian, tahukah anda bahawa Malaysia ni tak tau la apa masalah dia semua jenis pam angin nak diselenggara pada waktu yang sama dan lama pula tu. Oklah, tak boleh nak salahkan Malaysia tapi aku tak tau nak salahkan siapa sekarang ni! Jadi, kalau kau nampak pam angin tu berfungsi dengan baiknya, janganlah jadi ba alif ngang park kereta dekat situ. Ingat hos tu panjang dia 80452juta meter ke? Tak faham betul aku.

Jadi, untuk korang yang baca entri ni. Jangan sesekali terdetik nak park kereta korang di tempat yang tak sepatutnya. Dah 2017 tau, kurang-kurangkanlah kebodohan dan lebihkan common sense dalam membuat keputusan. Pesanan khidmad masyarakat ini dibawa oleh legallylepi. Ok tu je, nak sambung tengok Grey's Anatomy. Babai.

 

Blog Template Edited by Me